suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Pengarang The Jakarta Post Disiasat Hina Islam

JAKARTA: Akhbar The Jakarta Post mempertahankan penyiaran kartun kontroversi selepas Ketua Pengarangnya, Meidyatama Suryodiningrat, didakwa menghina Islam.

“Pada asasnya kartun itu dibuat untuk untuk mengutuk Negara Islam (IS) kerana tindakan anggotanya melakukan kekejaman dengan berselindung di sebalik agama di Syria dan Iraq,” kata kenyataan dikeluarkan, Jumaat.

Kartun yang disiarkan pada 3 Julai lalu itu memaparkan bendera dengan imej tengkorak dan tulang serta kalimah syahadah, seperti bendera IS.

Bagaimanapun, ia ditarik semula beberapa hari kemudian selepas mendapat kecaman beberapa pihak dan akhbar itu turut meminta maaf secara terbuka.

Menurut akhbar itu, penyiaran kartun itu tidak bertujuan menghina mana-mana agama sebaliknya sekadar “karya kewartawanan.”

Sebelum itu, media melaporkan, Meidyatama disiasat pihak berkuasa kerana disyaki menghina Islam melalui kartun berkenaan.

Meidyatama boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun jika disabitkan kesalahan berkenaan.


Artikel Sebelum

Artikel Lain