Instagram 'Kalahkan' Twitter - Dunia | mStar

Instagram 'Kalahkan' Twitter

Systrom yang memulakan Instagram empat tahun memaklumkan lebih 70 juta gambar dikongsi menerusi aplikasi itu setiap hari.

NEW YORK: Instagram milik rangkaian sosial Facebook mengumumkan ia kini memiliki 300 juta pengguna dan untuk pertama kali mengatasi pencapaian Twitter yang mempunyai 284 juta akaun aktif sehingga hujung September lalu.

Ketua Eksekutif Instagram, Kevin Systrom berkata, laman perkongsian yang bermula dengan impian dua sahabat untuk berkembang ke peringkat global pada empat tahun lalu kini menjadi tempat perkongsian lebih 70 juta gambar dan video setiap hari.

“Instagram ialah rumah kreativiti dalam segala bentu, tempat anda boleh menemui segala-galanya – daripada imej Sungai Nil hingga bayangan di dalam minda Taylor Swift,” katanya.

Systrom juga berkata, Instragram akan mula memperkenalkan lencana sahih untuk selebriti, atlet dan jenama bagi mengelak pengguna laman sesawang itu tersilap mengikut ahli sebenar.

Katanya, ia juga dapat menghalang berlaku penyamaran.

“Lencana itu akan muncul beberapa hari lagi.

“Kami komited untuk menjadikan Instagram bebas daripada pemalsuan dan akaun rekaan yang banyak mengganggu kebanyakan laman sesawang,” katanya.

Facebook melengkapkan pemilikan ke atas Instagram pada 2012.

Nilai awal laman sesawang itu ialah AS$1 bilion (RM3.5 bilion) tetapi akhirnya ia menyusut sebagai kesan kejatuhan harga saham Facebook.

Facebook , Instagram , Kevin Systrom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

IS Campak Gay Dari Bumbung Bangunan

Artikel Lain