suria

Senat AS Dedah CIA Dera Tahanan Al-Qaeda

WASHINGTON: Laporan Jawatankuasa Risikan Senat Amerika Syarikat mendedahkan penderaan yang dilakukan Biro Penyiasatan Pusat (CIA) terhadap suspek al-Qaeda bersifat kejam dan tidak dikendalikan dengan baik.

Laporan itu juga menyatakan, CIA memperdayakan Rumah Putih dan Kongres mengenai faedah programnya dalam usaha untuk menangkis serangan.

Sehubungan itu, ia membawa kepada timbulnya semula perbincangan mengenai proses soal siasat yang menggunakan kaedah merejam mangsa di dalam air.

Selain direjam, tahanan juga dibelasah, didera sehingga patah tangan dan kaki, tidak dibenarkan tidur sehingga lebih seminggu, diugut dengan pistol dan alat gerudi elektrik.

Laporan 500 muka surat itu turut mendapat reaksi Presiden Barack Obama yang mengakui bahawa tindakan CIA itu adalah tidak produktif dan bertentangan dengan nilai Amerika Syarikat.

Pengarah CIA, John Brennan mempertahankan penggunaan kaedah yang dilaksanakan pihaknya yang didakwa mencontohi zaman Presiden George W Bush berikutan serangan al-Qaeda pada 11 September 2001 di bandar raya New York.

Kedutaan Amerika kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan pengeluaran laporan itu walaupun Setiausaha Negara, John Kerry memberi amaran ia mungkin menimbulkan provokasi di seluruh dunia.

John Brennan, CIA, al-Qaeda, pengganas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tuah Sang Kucing Jutawan

Artikel Lain