suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi Rap British Hasut Golongan Muda Sertai IS

SEORANG artis rap warga British yang kini menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) menggesa anak muda Islam yang sering bermain permainan video peperangan untuk ke Syria dan merasai suasana sebenar.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Abu Afro berkata," panggilan tugasan, tinggalkan Fifa (permainan bola sepak) dan menyertai peperangan."

Penyanyi itu dikesan menghantar hasutan menerusi Twitter dari Raqqa iaitu kawasan yang dikuasai IS. Dia selain itu turut berkata," kematian semakin hampir, tunjukkan anda tidak takut."

Dengan menggelar dirinya sebagai penyajak dan mengharungi masa silam sebagai pengedar dadah di British, Abu Afro kemudian memberitahu," tidak ramai nampak apa yang saya nampak, gunakan hidup anda sebaik mungkin."

Penyanyi berusia 20-an itu tiba di Syria awal tahun ini dan sering memuat naik gambar bersama senjata api.

British, Rap, IS

Artikel Sebelum

Bapa Fandi Ahmad Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain