suria

Portal Berita Dunia Termasuk mStar Online Digodam

The Syrian Electronic Army menggodam beberapa agensi berita seperti CBC, the Chicago Tribune, the Telegraph, Forbes, dan NBC.

SERANGAN Penggodam yang menggunakan laman web pihak ketiga untuk mengakses laman web media pada pagi Khamis tidak menyebabkan kerosakan serius.

Dalam serangan itu yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi Khamis, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai The Syrian Electronic Army berjaya menggodam laman web milik agensi berita CBC, the Chicago Tribune, the Telegraph, Forbes, NBC, dan beberapa agensi media lain.

Di Malaysia, portal mStar Online turut menjadi serangan penggodam tersebut.

Kebanyakan laman web menggunakan perkhidmatan laman web pihak ketiga seperti Gigya untuk memuat naik komen, pengiklanan, video dan perkhidmatan pengesanan.

Apabila pengguna membuka CBC.ca sebagai contoh, halaman tersebut memuat naik kod daripada beberapa laman web lain termasuk Gigya.

Menggodam salah satu perkhidmatan pihak ketiga memberi ruang kepada penggodam untuk menambah kod mereka sendiri terhadap laman web lain, kata pakar keselamatan dan pemaju, Nadim Kobeissi.

"Ia akhirnya menyerang target berprofil tinggi,' katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mesir Dijangka Bergolak Lagi

Artikel Lain