suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi Ditemui Di Longkang Sedalam Tiga Meter

SEORANG lelaki dan anak perempuannya berjaya menyelamatkan nyawa bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam longkang di sebuah lebuh raya di New South Wales, Australia.

Ketika ditemui, bayi lelaki berusia tujuh hari itu ditinggalkan berbalut di dalam lubang longkang sedalam tiga meter dan ditutup dengan kepingan konkrit.

Bayi itu ditemui apabila dua beranak yang sedang berbasikal berhenti rehat di lebuh raya berkenaan.

Menurut Daily Mirror, seramai enam orang termasuk tiga anggota polis berusaha membuka penutup longkang tersebut untuk menyelamatkan bayi terbabit.



David Otte memberitahu, dia dan anaknya tidak sangka akan menemui bayi dari dalam longkang di tengah-tengah lebuh raya berkenaan.

"Pada mulanya kami ingatkan ia tangisan anak kucing, tapi apabila mendengarnya dari celah konkrit itu, kami dapati ia suara bayi," ceritanya.

Polis tempatan berkata, penemuan bayi di dalam longkang merupakan kejadian pertama di kawasan itu.

"Kita percaya bayi ini telah berada di dalam longkang selama beberapa jam berdasarkan kecederaan yang dialaminya," jelasnya.




Bayi, Longkang, Polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain