suria

Pemimpin Abu Sayyaf Dikait Penculikan Dua Warga Jerman Terbunuh

Gambar didedahkan pada 24 September lalu menunjukkan dua warga Jerman yang diculik oleh kumpulan militan Abu Sayyaf. Foto AFP

MANILA: Seorang sub-pemimpin kumpulan Abu Sayyaf yang dikaitkan dengan penculikan dua warga Jerman baru-baru ini, maut dalam insiden tembak-menembak dengan pasukan keselamatan di Sulu, petang Sabtu.

Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Kolonel Allan Arrojado berkata, Sihata Muallom Asmad, yang juga dikenali sebagai "Sihata Latip," "Ka Tatang" dan "Tatang" cuba melawan dengan melepaskan tembakan kepada anggota tentera dan polis yang cuba menahannya.

Tentera berkata, seorang tentera turut terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam pertempuran yang berlaku pada kira-kira pukul 4.45 petang di Barangay Duyan Kaha di Parang, Sulu.

"Dia (Asmad) bukan pemimpin kumpulan itu dalam penculikan warga Jerman, yang melakukannya adalah Hatib Sawadjaan. Kumpulan dia yang mengawal warga Jerman itu," kata Arrojado dalam pesanan teks kepada INQUIRER.net.

Asmad, dikehendaki kerana beberapa siri penculikan, termasuk melibatkan 10 pekerja di Perladangan Golden Harvest di Lantawan, Basilan.

Dia turut dilaporkan terlibat dalam penculikan seramai 21 orang dari pusat menyelam di Pulau Sipadan, Sabah di Malaysia pada 2000. - Philippines Inquirer/ANN

Artikel Lain