suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kegagalan Kuasa Elektrik Lapangan Terbang Vietnam Punca Radar Terputus Hubungan

Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di selatan bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

HANOI: Kegagalan kuasa elektrik di menara kawalan udara lapangan terbang terbesar di Vietnam menyebabkan radar terputus hubungan selama lebih sejam pada Khamis, sekali gus menyebabkan banyak penerbangan terpaksa mengubah laluan, menurut laporan media.

Beberapa penerbangan tidak dapat berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di selatan bandar Ho Chi Minh selama lebih sejam.

"Terdapat kegagalan kuasa elektik di menara kawalan udara lapangan terbang Tan Son Nhat menyebabkan radar terputus hubungan," kata laman web VNExpress.

"Semua penerbangan dijangka untuk mendarat di lapangan terbang itu terpaksa mengubah laluan ke lapangan terbang lain atau berpatah balik ke lapangan terbang sebelumnya," menurut laporan itu lagi.

Laporan itu menambah bahawa sekurang-kurangnya 33 penerbangan yang dikendalikan oleg syarikat penerbangan negara itu, Vietnam Airlines dan syarikat penerbangan tambang rendah, Jetstar Pasific terjejas akibat kegagalan bekalan elektrik itu.

Kira-kira 300 penerbangan melalui lapangan terbang Tan Son Nhat sehari. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain