suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peserta Ratu Cantik Dunia 2014 Ditemui Mati

Maria Jose Alvarado ketika dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Honduras. Foto AFP

PESERTA Ratu Cantik Dunia 2014 yang hilang beberapa hari sebelum dijadualkan terbang ke London untuk pertandingan itu ditemui mati pada Rabu.

Ratu Cantik Honduras, Maria Jose Alvarado, 19 dan kakaknya, Sofia Trinidad, 23, yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemui mati pada Rabu, lapor BBC.

Maria dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Honduras baru-baru ini hilang bersama kakaknya Sofia Trinidad selepas menghadiri parti seorang rakan pada Khamis lepas.

Seramai empat individu, termasuk teman lelaki Sofia ditahan untuk siasatan.

Maria dan kakaknya menghabiskan masa bersama ibu bapa mereka di bandar Santa Barbara di Honduras sebelum dia dijadualkan terbang ke United Kingdom untuk mewakili negaranya dalam pertandingan itu.

Ratu Cantik Dunia merupakan pertandingan ratu cantik tertua di dunia, kembali ke London sebagai tuan rumah tahun ini buat pertama kali selepas ia dilancarkan pada 1951.

Majlis itu bermula pada 20 November sebelum acara akhir diadakan di ExCel London pada 14 Disember depan. - mirror.co.uk


Artikel Lain