suria

Imam Rayu Mahkamah Lepaskan Pemuda Kristian Bawa Kepala Babi

Masjid Central Blackpool

SEORANG imam terkemuka di British merayu kepada mahkamah supaya melepaskan empat lelaki Kristian yang telah meninggalkan kepala babi di perkarangan sebuah masjid di Blackpool.

Tindakan empat lelaki meninggalkan kepala babi tersebut dipercayai satu gurauan (prank) tetapi pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kerana ia merupakan provokasi agama.

Two of the four men jailed for throwing pigs head into mosque

Crabtree (kiri) dan White.

Imam Masjid Central Blackpool itu membuat rayuan kepada mahkamah supaya tidak menjatuhkan hukuman penjara kepada empat lelaki berkenaan meskipun tindakan mereka melampaui batas bagi penganut Islam.

Imam Ashfaq Patel (gambar) dalam rayuannya berkata," Diatas kesedaran mereka (suspek) terhadap jenayah dan kesilapan yang telah dilakukan, saya tidak fikir mereka perlu berakhir disebalik tembok (penjara)."

Bagaimanapun Hakim Graham Knowles dalam keadaan terharu memberitahu,"Anda (suspek) bertuah, kerana sekarang pun imam meminta rahmat terhadap anda dan cuba memahami anda."

Keempat-empat lelaki yang digelar samseng oleh media itu kemudian dijatuhi hukuman berbeza dengan Thomas Ashton, 21 (dipenjara 10 bulan), Andrew Warner, 31 (tujuh bulan),  Travis Crabtree, 25 (14 bulan) dan Steven White, 28 (lapan bulan).

Thomas Ashton was jailed for 10 months while Andrew Warner was given seven

Ashton (kiri) dan Warner.

Kepala babi itu ditemui di dalam sebuah beg di tempat letak kenderaan masjid tersebut.

Ia didakwa dibawa oleh Ashton dan Crabtree manakala Warner dan White hanya sekadar mengikuti gurauan berkenaan.

Blackpool, Kepala Babi, Masjid

Artikel Sebelum

Artikel Lain