suria

Jangan Panik Harga Petrol Naik - Menteri

Kenderaan awam menunggu giliran untuk mengisi petrol di stesen minyak Pertamina, syarikat milik kerajaan Indonesia.

JAKARTA: Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, Sudirman Said menggesa orang ramai supaya tidak panik dengan kenaikan harga petrol.

Kata Sudirman, bekalan petrol dijamin mencukupi dan syarikat pengeluar Pertamina yang dimiliki kerajaan bersedia mengagih-agihkan bahan bakar itu bagi mengelak kesukaran pengguna.

“Kerajaan terpaksa meningkatkan harga petrol dan diesel bagi membolehkan wang yang digunakan untuk memberi subsidi kepada bahan bakar ini dipindahkan kepada sektor produktif,” katanya.

Isnin, Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengumumkan kenaikan harga bahan bakar itu sebanyak 55 sen seliter menjadikan harga pasaran semasa petrol ialah RM2.33 dan diesel RM1.78.

Harga asal petrol ialah RM1.78 seliter, manakala diesel RM1.51 seliter.

Harga minyak tanah pula kekal 69 sen seliter.

Isu harga bahan bakar dianggap sangat sensitif kepada kerajaan dan beberapa pihak dilaporkan pernah mendesak Susilo Bambang Yudhoyono yang ketika itu masih berjawatan presiden supaya menaikkannya sebelum Jokowi dilantik sebagai Presiden Indonesia ketujuh.

Sudirman Said, petrol, Pertamina

Artikel Berikut

Video Baharu MH17 Ditembak Jatuh

Artikel Lain