suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Kuat Landa Utara New Zealand

WELLINGTON: Gempa kuat 6.7 magnitud melanda perairan utara New Zealand namun tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan.

Gempa dilaporkan berlaku di 178 kilometer di timur laut di bandar Gisborne, Kepulauan Utara, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gegaran gempa di kedalaman 35 kilometer, demikian menurut USGS.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran ancaman tsunami.

Pada 2011, gempa yang berlaku di Bandaraya Christchurch memusnahkan banyak bangunan dan mengorbankan 185 orang.

gempa kuat, New Zealand

Artikel Lain