suria

Jokowi Angkat Sumpah Presiden Indonesia Ke-7

JOKO Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dilantik secara rasmi sebagai Presiden Indonesia ketujuh dalam majlis yang diadakan di Parlimen negara itu pada pagi Isnin.

Majlis angkat sumpah presiden bagi penggal 2014-19 itu turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serantau termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jokowi yang merupakan bekas Gabenor Jakarta dilantik sebagai presiden baharu selepas berjaya memenangi  pilihan raya pada Julai dengan 53 peratus undi.



Bekas jurujual perabot itu merupakan Presiden Indonesia pertama yang tidak memiliki latar belakang sebagai ahli perniagaan, ketenteraan atau ahli keluarga pemimpin politik.

Pemimpin berusia 53 tahun terbabit mengambil tugas Presiden keenam, Susilo Bambang Yudhoyono yang tamat tempoh pentadbiran selama dua penggal. 


Indonesia, Jokowi

Artikel Lain