suria

Menteri Di Liberia Dikuarantin Selepas Pemandu Maut Akibat Ebola

Seorang anggota Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) melakukan pemeriksaan berikutan penularan wabak Ebola. Foto EPA

MONROVIA: Seorang menteri di Liberia pada Khamis berkata, beliau dikuarantinkan secara sukarela selepas pemandunya meninggal dunia akibat wabak Ebola yang mengganas di negara Afrika Barat itu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Liberia merupakan negara yang paling terjejas teruk akibat epidemik itu, dengan 2,458 kematian daripada 4,249 kes. 

Bilangan itu merupakan kira-kira separuh daripada jumlah kematian secara global.

"Saya tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan dia (pemandu) tetapi saya melakukannya sebagai langkah pencegahan," katanya dalam satu kenyataan.

Menteri itu berkata, beliau akan berehat daripada menjalankan tugasnya selama 21 hari, mengikut protokol yang telah dipersetujui.

Bagaimanapun, tidak maklumat bila pemandunya meninggal dunia akibat Ebola.

Sementara itu, ketua perubatan Liberia, Bernice Dahn berkata, beliau kembali bertugas pada Isnin lalu selepas dikuarantinkan selama 21 hari berikutan kematian timbalannya pada bulan lalu.

"Saya sihat," katanya kepada AFP

Ebola, WHO

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain