suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang Takut Dijangkiti Ebola Pakai Sut Pelindung Di Lapangan Terbang

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Dulles, Washington digemparkan oleh kehadiran seorang penumpang yang memakai sut pelindung kerana takut dengan penularan wabak Ebola.

Penumpang berkenaan memakai sut perlindungan kerana panik dan tidak mahu mengambil risiko dijangkiti wabak yang semakin mengganas itu.

Seorang lelaki memuat naik gambar penumpang berkenaan di akaun Twitternya dengan keterangan: "Gambar penumpang memakai sut Hazmat (Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya) ketika menunggu penerbangan di Dulles."

Perangkaan rasmi mengenai Ebola menunjukkan seramai 4,447 orang maut akibat penyakit itu.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan lain apabila 18,000 orang di seluruh dunia mungkin dijangkiti wabak itu dan bilangannya akan meningkat setiap hari.

Minggu lalu, seorang penumpang dalam pesawat mencetuskan panik selepas menjerit "Saya ada Ebola!"

Penularan wabak Ebola yang paling mengganas di Afrikat Barat pada Julai lalu, menjangkiti lebih 1,000 orang dan mengorbankan hampir 700 orang. - mirror.co.uk

Hazmat, Ebola

Artikel Sebelum

Artikel Lain