suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

29 Pendaki Terkorban Dalam Runtuhan Salji Di Banjaran Annapurna Nepal

Banjaran Annapurna di Nepal adalah banjaran pergunungan yang tercantik di dunia. Foto ini menunjukkan banjaran tersebut yang dilihat dari pekan Phokara yang merupakan pekan kedua terbesar di Nepal.

KATHMANDU: Jumlah kematian akibat runtuhan salji di banjaran Annapurna, Nepal kini disahkan 29 orang - kebanyakkannya pendaki gunung dan jurupandu sherpa mereka.

Mayat 24 pendaki telah pun ditemui oleh pasukan penyelamat manakala lima lagi masih hilang.

Ia adalah kemalangan terburuk di kawasan pergunungan yang popular itu tahun ini.

Annapurna menjadi pilihan kebanyakkan pendaki kerana pemandangannya yang cantik berbanding sirkit Everest.

Di sirkit Annapurna para pendaki dapat melihat sekurang-kurangnya tujuh gunung tertinggi di dunia termasuk Gunung Annapurna I iaitu gunung kesepuluh tertinggi di muka bumi dengan ketinggian 8,091 meter.

Annapurna, Nepal

Artikel Lain