suria

Polis Hong Kong Alih Penghadang Penunjuk Perasaan

Penghadang yang dibina oleh kumpulan prodemokrasi sejak dua minggu lalu.
HONG KONG: Polis Hong Kong mula mengalihkan penghadang yang dipasang oleh penunjuk perasaan prodemokrasi yang berhimpun di beberapa kawasan di sekitar bandar raya itu sejak dua minggu lalu.

Menurut saksi, beberapa penunjuk perasaan terdiri daripada kalangan pelajar bersemuka dengan polis di kawasan utama bantahan itu di daerah Admiralty.

Kerajaan Hong Kong sebelum ini menyatakan tunjuk perasaan itu adalah haram. 

Terdahulu, pemimpin pelajar berkata, mereka akan mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan jika beberapa syarat yang telah ditetapkan dipenuhi.

"Selagi kerajaan memberi tindak balas yang positif berhubung permintaan kami, kumpulan pelajar sedia untuk mengadakan rundingan sekali lagi," kata ketua Persekutuan Pelajar Hong Kong (HFKS) dalam satu kenyataan pada 5 Oktober lalu.

Kumpulan prodemokrasi bertindak memenuhi jalan-jalan utama di wilayah ini sejak seminggu lalu bagi menuntut hak untuk mencalonkan pemimpin pada pilihan raya 2017 nanti, selepas Beijing menegaskan hanya calon yang dipersetujui oleh mereka boleh mengambil bahagian.

Artikel Sebelum

Artikel Lain