suria

Enam Sekolah Dibakar Serentak Di Pattani - Polis

PATTANI: Enam buah sekolah rendah kerajaan di wilayah Pattani di bakar pada waktu yang sama sekitar pukul 2 pagi Ahad.

Menurut polis, sebuah sekolah dibakar di daerah Mayo dan lima lagi di daerah Tung-yang-daeng.

Ketua Polis Daerah Mayo, Pol Col Korn-art Suwankham berkata sebuah sekolah kerajaan iaitu Sekolah Ban Kasak di Mukim Kasak, daerah Mayo dibakar oleh beberapa orang suspek. 

Sekolah dua tingkat dengan lapan bilik darjah itu musnah dijilat api dan pegawai penyelamat dan bomba mengambil masa dua jam untuk memadamkan api.

Ketua Polis Daerah Tung-yang-daeng Pol Col Kovit Rattanachot berkata di Daerah Tung-yang-daeng, lima sekolah yang di bakar ialah Sekolah Ban Namdam di Mukim Namdam, Sekolah Ban Khaodin, Sekolah Ban Mananjung dan Sekolah Ban Paku di Mukim Paku serta Sekolah Ban Tebok di Mukim Piten.

Selain bangunan sekolah, turut musnah atau rosak adalah alat-alat pembelajaran seperti komputer, kata beliau.
Pihak polis sedang menyiasat motif kejadian dan kumpulan yang mendalangi kejadian tersebut, iaitu sama ada ia ada kaitan dengan kumpulan pemisah atau angkara pihak lain.

Selama ini selalunya para guru menjadi sasaran pihak pemisah.
Pattani, Kovit Rattanachot

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Datuk 81 Tahun Tukar Jantina

Artikel Lain