suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanada Rancang Bantu AS Serang IS

Stephen Harper

TORONTO: Kanada merancang untuk melancarkan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) seperti yang diminta Amerika Syarikat (AS), jelas Perdana Menterinya, Stephen Harper.

Bagaimanapun negara tersebut memerlukan persetujuan menerusi undian di parlimen sebelum menghantar jentera.

Kerajaan konservatif Harper yakin bahawa pihaknya dapat membantu AS dan sekutu lain kerana mereka mempunyai majoriti yang cukup di parlimen untuk menyokong usul tersebut.

Harper berkata, misi serangan menerusi udara selama enam bulan itu memerlukan jet tempur seperti CF-18, pesawat pengangkut minyak, pesawat pengangkut, kapal pengangkut dan bantuan kemanusiaan.

Kanada merupakan sebahagian daripada sekutu AS yang telah bersetuju untuk membantu menyerang IS di Syria dan Iraq.

Tentera negara itu juga sebelum ini telah berada di Syria untuk memberi nasihat kepada tentera Kurdish bagi melakukan serangan menerusi darat.

IS, Syria, Iraq

Artikel Berikut

Artikel Lain