suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Dakwa China Lancar Perang Siber, Curi Maklumat Rahsia

James Comey

WASHINGTON: China didakwa melancarkan perang siber secara besar-besaran terhadap Amerika Syarikat (AS) sehingga menyebabkan kerugian berbilion dolar setiap tahun, jelas Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey.

Ketua FBI itu memberitahu, program  '60 Minit' yang dilancarkan China bertujuan mencuri maklumat rahsia daripada firma-firma utama di AS.

"Terdapat dua jenis syarikat di AS yang menjadi sasaran pengodam China  iaitu syarikat yang sedar maklumat dicuri dan tidak mengetahui bahawa data rahsia telah dirompak.

"Kerugian setiap tahun akibat serangan dari China itu tidak terkira , mungkin cecah bilion," jelasnya.

Ketika ditanya negara manakah lagi yang menggodam data di AS, Comey menjawab, "Saya tidak boleh memberi senarai penuh, tetapi...saya boleh memberitahu bahawa China berada di kedudukan teratas senarai ini.


AS, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain