suria

Israel Rancang Swastakan Agensi Kerajaan

PM Israel, Benjamin Netanyahu rancang swastakan agensi milik kerajaan dalam tempoh tiga tahun.

JERUSALEM: Kerajaan Israel merancang untuk menswastakan beberapa syarikat miliknya bernilai kira-kira AS$4 bilion dalam usahanya untuk meningkatkan keupayaan dan mengurangkan bebanan hutang negara.

Keputusan tersebut yang telah pun menerima kelulusan kabinet akan mengambil masa tiga tahun untuk dilaksanakan, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Israel.

Antara agensi yang bakal terlibat dalam projek penswastaan ini ialah Lembaga Elektrik Israel, syarikat penerbangan negara, kereta api, pelabuhan, lembaga air, pos dan gas.

Kerajaan Israel juga berhasrat untuk melepaskan pegangannya dalam agensi pelabuhan mereka yang kini mengendalikan pelabuhan ts at Ashdod dan Haifa.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berkata, projek penswastaan ini bukan sahaja akan menambah pendapatan negara tetapi juga meningkatkan kecekapan serta mengurangkan gejala rasuah di dalam syarikat-syarikat atau agensi berkaitan kerajaan.

Netanyahu adalah orang yang bertanggungjawab mengesyorkan tindakan ini ketika beliau berkhidmat sebagai menteri kewangan 10 tahun yang lalu.

Benjamin Netanyahu, Israel

Artikel Sebelum

Artikel Lain