suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Serang Kedudukan Kumpulan IS Dekat Baghdad

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas kedudukan kumpulan Negara Islam (IS) dekat Baghdad, pertama kalinya disasarkan berhampiran dengan ibu negara Iraq itu.

Seorang pegawai pertahanan AS berkata pesawat Amerika melancarkan satu serangan dekat Baghdad dan satu lagi di Gunung Sinjar di utara Iraq dalam tempoh 24 jam lalu.

AS pada bulan lalu memulakan kempen serangan udara terhadap kedudukan IS di utara Iraq tetapi pengumuman bahawa pesawatnya menyasarkan militan berhampiran Baghdad menunjukkan skop misi itu diperluaskan.

"Tentera AS terus menyerang pengganas IS di Iraq, menggunakan pesawat tempur dan pejuang untuk melakukan dua serangan udara pada Ahad dan Isnin dalam membantu pasukan keselamatan Iraq dekat Sinjar dan barat daya Baghdad," menurut US Central Command dalam satu kenyataan.

Serangan itu memusnahkan enam kenderaan IS dekat Sinjar dan pasukan IS di barat daya Baghdad yang menembak kedudukan tentera Iraq.

Ia menjadikan keseluruhan serangan AS di Iraq sebanyak 162 kali. - AFP
IS, Amerika Syarikat, Iraq

Artikel Berikut

Artikel Lain