suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menteri Singapura Lawat Terengganu, Perkukuh Hubungan & Ekonomi

Masagos Zulkifli.
SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura, Masagos Zulkifli akan membuat lawatan kerja dua hari ke Terengganu mulai Selasa.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Hal Ehwal Luar berkata lawatan itu merupakan sebahagian daripada usaha republik itu untuk memperkukuh hubungan antara Singapura dan negeri-negeri di Malaysia, termasuk untuk mempromosi hubungan ekonomi lebih erat dan melakukan pertukaran sesama rakyat.

Masagos dijadual menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Chendering. 

Beliau juga akan mengunjungi Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, selain bertemu anggota dewan perniagaan dan industri Melayu dan Cina.

Beliau akan turut diberi taklimat oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain