suria

Apple Perkenal iPhone 6 Dengan Skrin Lebih Besar

Tim Cook ketika memperkenalkan model baharu iPhone 6 pada Selasa. Foto AFP

SAN FRANCISCO: Apple mengambil langkah untuk menawan semula peranannya sebagai pencetus trend teknologi pada Selasa apabila memperkenalkan jam pintar dan dua telefon pintar berskrin besar iPhone yang dinanti-nantikan peminat gajet keluaran syarikat itu.

Pengenalan julung kali bagi model Apple Watch dan iPhone 6 jelas memenuhi kehendak trend untuk 'phablet' iaitu telefon pintar bersaiz lebih besar.

Peranti pergelangan tangan Apple Watch menghubungkan dengan iPhone, "akan mentakrif semula apa yang orang ramai jangkakan daripada kategori ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook pada majlis memperkenalkan gajet terbaharu keluaran syarikat itu pada Selasa.

Peranti pergelangan tangan Apple Watch.

Telefon pintar iPhone 6 mempunyai skrin bersaiz 4.7 inci dan 6-Plus dengan ukuran 5.5 inci membolehkan Apple memberikan pilihan kepada pengguna untuk paparan lebih besar.

Apple berkata, peranti itu akan berada di sekurang-kurangnya 115 negara menjelang akhir tahun ini dan tempahan untuk model iPhone akan dibuat bermula Jumaat ini. - AFP


iPhone 6, Apple, Tim Cook

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain