suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lufthansa Batal 110 Penerbangan Akibat Juruterbang Lancar Mogok

BERLIN: Syarikat penerbangan terbesar di Jerman, Lufthansa terpaksa membatalkan 110 penerbangan di Eropah pada Rabu berikutan mogok yang dillancarkan oleh juruterbang syarikat itu.

Syarikat penerbangan itu berkata, mogok berkenaan berhubung dengan perubahan syarat persaraan awal.

Lufthansa berkata, tindakan pembatalan penerbangan itu menjejaskan kira-kira 13,500 penumpang yang mahu pergi atau dari Munich.

Bagaimanapun, penerbangan di antara benua tidak akan terjejas walaupun menjangkakan kelewatan berlaku.

Kesatuan juruterbang Cockpit mengumumkan akan melakukan tindakan industri antara pukul 10 pagi dan 6 petang waktu tempatan (0800 hingga 1600 GMT) pada Rabu.

Syarikat penerbangan itu mengalami tindakan industri berikutan rancangannya untuk mengubah dasar persaraan awal.

Satu tindakan mogok pada Jumaat lalu menjejaskan 26,000 penumpang apabila 218 penerbangan terpaksa dibatalkan. - AFP

Lufthansa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PM Thai 'Pasang Pagar'

Artikel Lain