suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemberontak Setuju Gencatan Senjata, Tegaskan Rancangan Keluar Ukraine

Perdana Menteri yang menggelarkan diri mereka Republik Rakyat Donetsk, Alexander Zakharchenko hadir rundingan damai di Minsk, Belarus, Jumaat.
MINSK: Pemberontak Pro-Rusia pada Jumaat berkata mereka telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata dengan kerajaan Ukraine tetapi menegaskan bahawa mereka masih mahu berpecah dari negara bekas Soviet itu.

"Gencatan Senjata tidak bermakna terdapat perubahan dalam matlamat kami untuk berpecah dari Ukraine," kata wakil pemberontak Igor Plotnitsky kepada pemberita.

Sementara itu AFP menerusi laman Twitter berkata pemberontak pro-Rusia telah bersetuju dengan pegawai-pegawai Ukraine untuk mengadakan gencatan senjata bermula Jumaat, menerusi rundingan damai di Minsk.

"Wakil-wakil Ukraine dan Republik Rakyat Donetsk dan Republik Rakyat Lugansk menandatangani protokol gencatan senjata dari 6 petang pada hari Jumaat," memetik akaun Twitter yang menggelarkan diri sebagai Republik Rakyat Donetsk, tanpa memberi maklumat lanjut.

gencatan senjata, pro-Rusia, Ukraine

Artikel Lain