suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Undang-Undang Tentera Dikendurkan Ikut Keadaan

Prayuth Chan-ocha.
BANGKOK: Pengenduran penguatkuasaan undang-undang tentera di Thailand pada masa akan datang bergantung kepada keadaan dan suasana di negara ini, kata junta tentera.

Jurucakap Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman Kol Wintai Suvaree bagamanapun berkata setakat ini, "masanya belum dijadualkan lagi".

Menurut beliau Perdana Menteri dan pemimpin NCPO Jen Prayuth Chan-ocha menyatakan undang-undang itu akan dikendurkan pada masa akan datang berdasarkan kepada keadaan.

Beliau berkata demikian dalam taklimat kepada mesyuarat NCPO pada Selasa.

Kata Wintai walaupun undang-undang tentera masih dikuatkuasakan di seluruh negara, ia hanya menjejaskan penentangnya, "yang jumlah mereka amat kecil", manakala sebahagian besar kes pencabulan undang-undang lain tetap ditangani melalui undang-undang biasa.

Beliau berkata tujuan Jen Prayuth menyatakan perkara itu pada mesyuarat hari ini mungkin kerana ada pihak pempersoalkan pelaksanaan undang-undang tentera ketika Thailand sudahpun mempunyai kerajaan.

Undang-undang tentera dikuatkuasakan di seluruh Thailand sejak 20 Mei.
Prayuth Chan-ocha, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain