suria

Video: Ostrich 'Sesat' Jadi Perhatian

BUKAN setiap hari anda dapat melihat burung yang besar berlari-lari di tengah jalan raya.

Naumn itulah apa yang berlaku di Thailand apabila seekor burung ostrich dikesan memecut di sebuah jalan raya yang agak sibuk.

Seorang pemandu, yang mungkin berfikir apa yang dilihatnya adalah mimpi, berjaya merakamkan episod pelik itu melalui kameranya dalam kejadian yang berlaku di daerah Bang Phli, menurut HuffPost.

Video itu menunjukkan burung itu sepenuhnya berlari dengan penunggang motosikal seolah-olah cuba untuk mendapatkannya.

"Tiada siapa yang tahu dari mana ia datang. Tiada siapa yang tahu bagaimana ia sampai di sana," kata laman web Coconuts Bangkok, yang melaporkan tentang video dan kejadian ini.
Ostrich, Bang Phli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain