suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Taja Kelab Kriket Milik Aktres Bollywood

NEW DELHI: Syarikat tambang murah AirAsia India telah menandatangani penajaan dengan pasukan kriket Kings XI Punjab yang turut dimiliki aktres Bollywood Preity Zinta bagi kejohanan liga juara T20 2014 bermula 13 Sept 2014.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mittu Chandilya berkata pihaknya membuat perkongsian dengan pasukan itu kerana kriket merupakan sukan digemari di India selain pasukan itu mempunyai masa depan yang cerah.

Ketua Pegawai Operasi Kings XI Punjab, Fraser Castellino pula berkata mereka mengalu-alukan penglibatan AirAsia dengan kelab itu.

"Kedua-dua jenama ini mempunyai sinergi yang sama dan syarikat penerbangan ini dapat menampung kejohanan T20. Dengan penglibatan ini, beserta sokongan peminat dan rakan kongsi yang lain, kami bakal mengharungi kejohanan dengan penuh keterujaan dan semangat tinggi," katanya.


AirAsia, India, Bollywood

Artikel Lain