suria

Sebuah Lagi Kereta Meletup Di Baghdad Korbankan 10 Orang Awam

Insiden letupan bom yang terbaru di Baghdad ini pada Selasa, mengorbankan 10 orang awam.

BAGHDAD: Bandar ini suatu ketika dahulu di era kegemilangannya menjadi pusat rujukan ilmu dunia tetapi kini apa yang tinggal ialah letupan demi letupan yang mengorbankan begitu banyak nyawa yang tidak bersalah.

Kini yang terbaru, sebuah kereta yang sarat dengan bom diletupkan di satu persimpangan yang sibuk di sini mengorbankan sekurang-kurangnya 10 nyawa.

Insiden yang berlaku di kawasan Jadida di timur bandar ini turut mencederakan 33 orang.

Boleh dikatakan, tidak ada tempat yang selamat lagi di sini kerana letupan berlaku di mana-mana sahaja termasuk di masjid, pasar, kafe, kedai runcit dan di tepi jalan yang sibuk.

Hanya semalam, sebuah masjid Syiah menjadi mangsa serangan bom mengorbankan 11 orang yang sedang bersembahyang.

Nyawa sudah tidak ada harga dan bernilai lagi di sini.

Baghdad, Iraq

Artikel Lain