suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah Runtuh Hiroshima: 51 Mangsa Dikhuatiri Hilang

Penduduk di kawasan berhampiran tempat kejadian melihat keadaan lereng gunung yang runtuh dan setakat ini mengorbankan 39 nyawa.
TOKYO: Pasukan penyelamat terpaksa menghentikan operasi mencari 51 mangsa tanah runtuh yang masih hilang kerana bimbang kejadian yang sehingga kini meragut 39 nyawa itu berulang.

Insiden yang mengakibatkan puluhan rumah musnah itu berlaku di pinggir Hiroshima apabila lereng gunung di barat Jepun itu runtuh awal pagi Rabu lalu.

Lebih 4,000 diarah berpindah sehingga Jumaat apabila hujan berterusan di kawasan berkenaan.

Berdasarkan angka yang dikumpul polis, jumlah kematian mungkin berganda.

Mengenai operasi mencari yang dihentikan, anggota bomba, polis dan tentera menangguhkan usaha itu apabila keadaan di sekitar kawasan pergunungan itu dilihat mungkin menyebabkan berlakunya satu lagi tanah runtuh.

“Operasi di dua daerah dihentikan. Anggota penyelamat diarah keluar kerana kemungkinan berlaku tanah runtuh baru,” kata jurucakap polis Hiroshima.

Arahan itu dibuat dua hari selepas seorang anggota penyelamat terbunuh setelah tertimbus ketika cuba menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Pegawai polis berkenaan berkata, jumlah mangsa sebenar dapat diketahui apabila pasukan keselamatan menyelaras operasi dengan kerjasama pasukan perkhidmatan kecemasan serta pihak berkuasa.

“Apabila siasatan dan penilaian dibuat, jumlah mangsa hilang meningkat, ia termasuk mereka yang dilihat dihanyutkan air,” kata jurucakap itu.

Hiroshima, tanah runtuh

Artikel Berikut

Artikel Lain