suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Roket SpaceX Meletup Selepas Dilancarkan

MCGREGOR, Texas: Sebuah roket SpaceX meletup selepas dilancarkan semasa ujian penerbangan di tapak pembangunan syarikat itu di Texas.

Menurut kenyataan SpaceX, tiada sesiapa yang cedera dalam letupan itu.

Jurucakap SpaceX, John Taylor, berkata ujian penerbangan itu membabitkan roket Falcon 9 versi tiga enjin yang boleh digunakan semula.

Beliau berkata, sesuatu yang pelik dikesan pada roket berkenaan dan pemusnahan dilakukan secara automatik.

Katanya, roket berkenaan kekal dalam kawasan penerbangan yang ditetapkan dan seorang wakil Pentadbiran Udara Persekutuan (FAA) hadir ketika insiden berlaku.
roket SpaceX, meletup, Texas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain