suria

Polis Siasat Kemungkinan Pembunuhan Dirancang Ke Atas Wanita AS

Heather Mack ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh ibunya.

DENPASAR (Indonesia): Polis Indonesia pada Jumaat berkata, mereka yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan seorang wanita warganegara Amerika Syarikat di Bali bakal berdepan dengan hukuman gantung.

Bagaimana pun sehingga kini tidak sebarang tuduhan yang diambil ke atas pembunuhan wanita kelahiran Chichago, Sheila von Wiese-Mack,62, yang mayatnya ditemui mati dan mayatnya diletakkan dalam sebuah beg di luar kawasan hotel mewah St. Regis di Nusa, Bali awal minggu ini.

Anak perempuannya, Heather Mack,19, dan teman lelaki, Tommy Schaefer,21, ditangkap pada Rabu sebagai suspek utama kes ini.

Polis berkata, pasangan muda itu mendaftar masuk hotel lima bintang St.Regis yang mana sebuah bilik perseorangan mencecah $1,340 pada Selasa.

Jurucakap Polis Bali, Hery Wiyanto mengesahkan ada kemungkinan pembunuhan ini telah dirancang.

"Adakah mereka menyediakan beg sebelum pembunuhan dilakukan? Adakah mereka meninggalkan bilik untuk menyediakan senjata pembunuhan? Proses siasatan mengambil masa yang panjang," ujar Wiyanto.

Polis berkata, siasatan dijangka mengambil masa berminggu.

Pada Khamis, pihak polis berkata, remaja perempuan itu menjalani ujian psikiatrik.

Mangsa merupakan bekas editor dalam kajian sejarah lisan mengenai Studs Terkel dan kemudiannya menyambung pengajian dengan hadiah Nobel sastera di University of Chicago.

Seorang pegawai di hospital yang menjalankan bedah siasat ke atas Von Wiese-Mack berkata, dia dipukul berulang kali di muka dan kepala dengan objek tumpul.

Von Wiese-Mack baru-baru ini telah berpindah ke sebuah kondominium di Chicago. 

Suaminya, dan bapa Heather merupakan komposer muzik klasik James Mack, meninggal dunia pada tahun 2006.

Artikel Lain