suria

Pasangan Australia Pisahkan Bayi Kembar Sindrom Down

SYDNEY: Menteri Imigresen Australia Scott Morrison mempersoalkan tanggungjawab moral nasib bayi Sindrom Down yang ditinggalkan oleh pasangan Australia kepada ibu tumpang di Thailand.

Marrison mengulas mengenai dana online meningkat yang dilakukan oleh kebajikan Australia bagi membantu bayaran perubatan bayi yang meningkat melebihi $180,000 hasil derma daripada lebih 4,500 orang.

Bayi lelaki, Gammy dan kembar perempuannya dilahirkan oleh seorang wanita Thailand, Pattaramon Chanbua pada Disember lalu selepas dilaporkan dia dibayar AUS$16,000 (US$14,900) untuk menjadi ibu tumpang.

Namun pasangan Australia yang namanya tidak didedahkan hanya mengambil bayi perempuan yang sihat, tetapi meninggalkan Gammy.

Bayi lelaki itu turut mengalami masalah jantung, namun Pattaramon,21, sebelum ini memberitahu dia tidak mampu untuk menanggung rawatan perubatan yang diperlukan Gammy.

"Saya dapat rasakan ini sebuah cerita yang menyedihkan hati," jelas Marrison kepada Australian Broadcasting Corporation.

"Saya fikir perkara ini perlu lebih diperketatkan berkenaan tanggungjawab moral.

"Saya faham mengenai luahan ibu Gammy yang mahukan bayi itu berada di Thailand dan permintaannya itu perlu dihormati".

Pattaramon memberitahu Fairfax Media pada Sabtu bahawa dia mahu menjaga bayi lelaki ini di Thailand.

"Saya akan menjaga Gammy sendiri. Saya tidak akan bagi bayi ini kepada sesiapa.

"Saya harap mereka akan sayangi bayi saya...saya maafkan mereka segalanya. Itu perkara yang paling baik untuk semua orang," katanya untuk pasangan Australia itu.

"Saya mahu melihat anak saya kembali bersama lagi. Saya tidak mahu terlalu fikirkan mengenai pasangan Australia itu. Saya tidak salahkan mereka...saya tidak lagi rasa sedih atau marah terhadap mereka. Mereka mungkin ada masalah sendiri juga".

Morrison berkata, kes ibu tumpang ini merupakan 'isu serius' yang perlu dikendalikan dengan berhati-hati.

Sementara itu, Fairfax sebelum ini melaporkan bahawa ejen ibu tumpang yang menguruskan perkara ini memberitahu Pattaramon agar menggugurkan kandungan tersebut selepas doktor mengesahkan salah seorang bayi kembar ini menghidap Sindrom Down.

Bagaimana pun Pattaramon memberitahu akhbar dia enggan menggugurkan kandungan kerana dia pengikut kepercayaan Buddha. 

sindrom down, australia, thailand, kembar

Artikel Lain