suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

65 Maut Dalam Letupan Kilang Besi Di Timur China

Sekurang-kurangnya 65 maut dalam letupan di sebuah kilang besi di timur China.
BEIJING: Sebuah bengkel kereta di dalam kawasan kilang besi di timur China dilaporkan meletup mengakibatkan kira-kira 65 orang terbunuh pada Sabtu.

Stesen penyiaran CCTV melaporkan, letupan berlaku di Bandar Kunshan, awal pagi Sabtu.

Agensi berita rasmi Xinhua pula melaporkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.37 pagi di tempat mengilat kereta sebuah syarikat pengeluaran besi. 

Xinhua berkata, lebih 40 orang terbunuh manakala lebih 120 lagi cedera parah.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan mengenai punca letupan dan operasi menyelamat mangsa masih dilakukan. 

"Keadaan di lokasi kejadian kucar-kacir, sukar dikenal-pasti," tulis seorang saksi dalam laman sosial, Sina Weibo.


letupan, kilang besi, timur China

Artikel Lain