suria

91 Rakyat Palestin Maut, Gencatan Senjata Di Gaza Gagal

Isreal terus melancarkan bedilan ke Gaza.
GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 91 rakyat Palestin terbunuh manakala 350 lagi cedera dalam serangan tentera Israel selepas gencatan senjata di Gaza gagal apabila Israel terus melancarkan bedilan. 

Dalam serangan udara sepanjang malam Jumaat dan berterusan awal pagi Sabtu di Rafah, 19 penduduk Palestin dilaporkan maut. 

Daripada jumlah itu, seramai 15 mangsa termasuk lima kanak-kanak berusia antara 3 dan 12 tahun daripada satu keluarga maut apabila rumah mereka musnah akibat ledakan bom Israel. 

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Acjraf al-Qodra, berkata lima lagi penduduk Palestin terkorban dalam dua serangan berasingan yang dilancarkan menerusi kereta perisai Israel di Rafah.
Gaza, Palestin, Israel

Artikel Lain