"Jumlah yang dikenalpasti ialah 14 orang mati tapi empat mayat belum dapat dipastikan identiti dan mungkin askar Ukraine atau pengganas," kata jurucakap tentera, Oleksiy Dmytrashkivsky.
Katanya, kira-kira 10 askar Ukraine mati dalam pertempuran di bandar Shakhtarsk kira-kira 25 kilometer dari lokasi nahas MH17.


