Kenaikan kadar itu diumumkan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA)
Singapura pada 1 Julai 2014.
Mulai Jumaat, republik ini menaikkan kadar bayaran bagi VEP kepada S$35 daripada S$20 sehari, manakala bayaran bagi GVP pula dinaikkan kepada S$40 daripada S$10 bagi setiap bulan.
Langkah itu tidak melibatkan bas dan teksi.
Waktu dikenakan bayaran bagi VEP tidak berubah iaitu dari 2 pagi hingga 12 tengah hari pada hari biasa sepanjang musim cuti sekolah di negara ini pada Jun dan Disember, dan dari 2 pagi hingga 5 petang pada hari biasa di luar tempoh cuti sekolah.
Bayaran bagi VEP untuk motosikal berdaftar di luar negara tidak berubah iaitu S$4 sehari.


