suria

Pesawat TransAsia Airways Terhempas Di Taiwan, 51 Dikhuatiri Terbunuh

Bangkai pesawat TransAsia Airways yang terhempas ketika membuat pendaratan cemas di Pulau Penghu di Taiwan. Foto AFP

TAIPEI: Seramai 51 dikhuatiri terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang TransAsia Airways terhempas pada Rabu ketika membuat pendaratan cemas di Pulau Penghu di Taiwan, menurut laporan agensi berita Taiwan.

Agensi berita CNA berkata, pesawat enjin berkembar turboprip ATR 72 itu terhempas di luar lapangan terbang Magong pada kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan.

Ia berkata, pesawat GE 222 berlepas dari Kaohsiung, bandar kedua terbesar Taiwan pada pukul 5 petang waktu tempatan dan dijadualkan tiba di Magong, 35 minit kemudian.

Magong terletak di Pulau Penghu di Taiwan. -usatoday.com


TransAsia Airways

Artikel Lain