Pemberontak Pro-Rusia Tembak Jatuh Dua Jet Pejuang Ukraine - Dunia | mStar

Pemberontak Pro-Rusia Tembak Jatuh Dua Jet Pejuang Ukraine

Gambar fail menunjukkan dua jet pejuang milik tentera Ukraine. Foto EPA

KEMASKINI

KIEV: Pemberontak pro-Rusia pada Rabu menembak jatuh dua jet pejuang Ukraine di timur Ukraine, hanya beberapa hari selepas nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di wilayah itu, kata jurucakap tentera Ukraine kepada AFP.

"Dua jet pejuang Sukhoi milik Ukraine telah ditembak jatuh," kata jurucakap, Oleksiy Dmytrashkivsky.

Beliau menambah, kedua-dua jet pejuang itu ditembak jatuh di sebuah kawasan kira-kira 25 kilometer dari lokasi nahas pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai lalu.

Bagaimanapun, seorang lagi jurucakap tentera berkata bahawa jet pejuang itu ditembak jatuh di sebuah lokasi berbeza oleh peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak.

Katanya, kedua-dua juruterbang berjaya menyelamat diri menggunakan payung terjun.

"Hari ini, pejuang pro-Rusia menembak dua jet pejuang Sukhoi-25 di selatan wilayah Lugansk dekat perkampungan Dmytrivka menggunakan sistem peluru berpandu," kata jurucakap Vladislav Seleznev.

"Juruterbang cuba bertindak untuk mengelak tetapi pesawat telah ditembak," katanya. - AFP



jet pejuang Ukraine , ditembak jatuh

Artikel Berikut

Kotak Hitam MH17 Tiba Di Britain

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain