Ibu Temui Semula Anak Diserah Kepada Keluarga Angkat 28 Tahun Lalu Di Facebook - Dunia | mStar

Ibu Temui Semula Anak Diserah Kepada Keluarga Angkat 28 Tahun Lalu Di Facebook

Lesley (gambar atas) akhirnya dapat bertemu semula dengan anaknya, James (gambar bawah) yang diserahkan kepada keluarga angkat 28 tahun lalu, di Facebook.

SEORANG ibu akhirnya dapat bertemu semula dengan anak lelakinya yang diserahkan kepada keluarga angkat 28 tahun lalu, selepas menjejakinya di laman sosial Facebook.

Lesley Thompson menyerahkan James Robert Turner yang ketika itu berusia lima tahun untuk dijadikan sebagai anak angkat dan kemudiannya menyedari anaknya itu telah berhijrah ke New Zealand bersama keluarga baharunya.

Bimbang tidak dapat berjumpa lagi dengan anak lelakinya, Lesley terdesak dengan memulakan pencarian.

Dia seharusnya berterima kasih dengan Facebook yang membawa kepada pertemuan semula dengan James selepas berjaya menghubungi anaknya itu.

Lesley, 52, dari Benwell, Newcastle, memberitahu Newcastle Chronicle: “Saya telah mencari James sejak lama dan melakukan kesemua cara yang saya fikirkan sehingga saya bertemu dengan seseorang di Facebook yang menyatakan akan membantunya.

“Dia menjejaki James dan memberikannya mesej daripada saya untuk berhubung. Suatu hari apabila saya membuka komputer, saya mendapat mesej daripada James. Pada mulanya, saya ingatkan seseorang mahu bergurau tetapi mesej itu sebenarnya daripada James.

“Saya masih tidak mempercayainya,” katanya.

Misi pencarian itu merupakan kepentingan buat Lesley, yang tinggal bersama dua anak perempuannya, Jacqueline dan Carly.

Anak lelaki pertamanya, Darren, telah diambil oleh khidmat social daripada jagaannya, dan apabila dia cuba untuk menghubunginya, anak lelakinya itu didapati maut kerana mengambil dadah berlebihan.

Insiden itu menaikkan semangatnya untuk mencari James, yang kini berusia 33 tahun kerana dia tidak mahu hidup tanpa mengetahui tentang keadaan anaknya.

“Saya mengalami masalah keganasan rumah tangga apabila saya melahirkan Darren,” jelas Lesley.

“Ini bermakna apabila saya melahirkan James, saya perlu menjalani pemeriksaan perubatan tetapi akhirnya dia perlu diserahkan sebagai anak angkat.

“Ketika kami berbual, dia menanggil saya ‘mum’ dan berkata dia sentiasa mahu menghubungi saya. Pada mulanya kami hanya berbual menerusi kiriman mesej dna kini kami bercakap menerusi webcam.

Bagi Lesley, langkah seterusnya ialah pergi mencari James dan berhadapan dengan anak lelakinya itu dengan segera.

“Saya mahu bertemu dengannya sebelum terlambat kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku.

“Saya tidak fikir James dapat pergi ke UK (United Kingdom) ekoran masalah yang dihadapinya akibat terbabit dalam satu kemalangan teruk ketika berusia 15 tahun.

“Jadi, saya berharap sekiranya sesiapa di luar sana dengan murah hati dapat memberikan sumbangan untuk membantu membayar tiket penerbangan saya untuk bertemu dengannya.

“Ia benar-benar akan membuatkan hari saya bermakna dan impian saya menjadi kenyataan,” katanya. - mirror.co.uk


 

Facebook , keluarga angkat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?