suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bedilan Israel Bunuh 20 Rakyat Palestin

GAZA: Bedilan Israel membunuh sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin di sebuah kejiranan di Gaza hari ini dan ribuan penduduk melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa, menurut pegawai kesihatan dan saksi. 

Hospital Shifa dipenuhi dengan puluhan mereka yang cedera dalam serangan di Shejaia, kira-kira tiga kilometer dari sini. 

Rakaman video yang diberikan kepada Reuters oleh penduduk tempatan menunjukkan sekurang-kurang 12 mayat, termasuk tiga kanak-kanak, bergelimpangan di atas jalan. 

Di hospital itu, warga emas menyatakan serangan Israel kali ini paling hebat pernah disaksikan mereka sejak Perang 1967 apabila Israel menawan Gaza.
Palestin, Gaza, Israel

Artikel Sebelum

Artikel Lain