suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

10 Maut Dalam Serangan Terbaharu Di Gaza

Serangan yang dilancarkan Israel menyebabkan 306 rakyat Palestin yang tidak berdosa maut setakat ini.
GAZA CITY: Serangan udara tentera Israel awal pagi Sabtu mengorbankan 10 lagi nyawa iaitu memasuki hari ke-12 serangan terhadap Gaza.

Menurut jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra, tujuh orang terkorban di luar sebuah masjid di Khan Yunis, selatan Gaza dalam serangan awal pagi Sabtu.

Katanya, tiga daripada mangsa yang maut terdiri daripada satu keluarga.

Sementara itu, tiga lagi terbunuh dalam tiga serangan berasingan di Beit Hanun di utara, Deir al-Balah di tengah Gaza dan satu lagi di Khan Yunis.

Angka korban terbaharu itu menjadikan seramai 306 maut setakat ini dengan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Di Israel pula, hanya seorang penduduk setempat dan seorang askar maut dalam serangan yang bermula sejak 8 Julai lalu.
Gaza, Israel

Artikel Lain