suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: China Tuntut Siasatan Adil Dan Objektif

Xi Jinping.
BUENOS AIRES: Presiden China, Xi Jinping pada Sabtu mahu siasatan terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine, diadakan dengan 'adil dan objektif'. 

“Kami terkejut dengan nahas yang menimpa pesawat Malaysia yang terhempas di wilayah Ukraine dan kami merakamkan takziah kepada mangsa dan ahli keluarga mereka," kata Xi selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Argentina, Cristina Kirchner. 

Xi berkata, beliau amat mengharapkan siasatan 'adil dan objektif' terhadap nahas yang mengorbankan nyawa semua 298 penumpang dan anak kapal di dalamnnya. 

Pesawat tersebut dilaporkan terbang pada kedudukan 30,000 kaki pada Khamis sebelum hilang dari radar.

Pihak berkuasa Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia saling menuduh antara satu sama lain sebagai dalang yang menyebabkan nahas tersebut.

MH17, MAS, Xi Jinping

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain