suria

Israel Terima Cadangan Gencatan Senjata Mesir Di Gaza

BAITULMAQDIS: Kabinet Keselamatan Israel pada Selasa menerima cadangan gencatan senjata Mesir selepas seminggu berlakunya keganasan dahsyat di dalam dan sekitar Gaza, menurut laporan media Israel.

"Kabinet telah memutuskan untuk menerima inisiatif Mesir terhadap gencatan senjata bermula pukul 9 pagi hari ini," kata Ofir Gendelman, jurucakap kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Twitter.


Menteri-menteri dalam kabinet keselamatan, yang mula bermesyuarat pada awal hari Selasa, memutuskan menerima cadangan Mesir untuk gencatan senjata yang bermula pada pukul 0600 GMT, menurut laporan radio tentera dan televisyen Saluran 2.

Radio tentera itu berkata tiada penerimaan yang selari dengan inisiatif tersebut oleh Hamas, gerakan Islam Palestin yang mengawal Semenanjung Gaza.

Tidak ada laporan segera mengenai roket dilancarkan di Israel selepas tarikh akhir, dengan tentera berkata hanya dua roket disasarkan ke bahagian selatan tengah malam semalam, dan dua lagi bedilan dipintas hanya 15 minit sebelum inisiatif oleh Mesir berkuatkuasa.

Jurucakap Hamas Fawzi Barhum memberitahu AFP tidak akan ada gencatan senjata tanpa perjanjian sepenuhnya untuk menamatkan permusuhan.

Gaza, gencatan senjata

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain