suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Malaysia Dipenjara 11 Tahun Miliki Methamphetamine

JAKARTA: Seorang warga Malaysia dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan denda 1 bilion Rupiah (RM267,500) atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Kalimantan Utara pada Khamis kerana memiliki serbuk kristal dadah methamphetamine, Februari lepas.

Hakim Mahkamah Daerah Tarakan, Maha Nikmah membuat keputusan tersebut terhadap Ng Chuan Ho, 45, selepas dia ditahan bersama seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Yunus oleh unit narkotik polis Tarakan pada 1 Feb lepas.

Kedua-dua mereka, yang dalam perjalanan ke Makassar, Sulawesi Selatan, ditahan di lot letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Juwata, Tarakan, sejurus selepas tiba dari Tawau, Sabah.

Polis merampas 9.85 gram serbuk kristal methamphetamine, satu pil estasy dan dua peralatan untuk menghisap dadah.

"Seutas kalung dan gelang emas, wang tunai 160 juta Rupiah dan RM16,671 serta kad pengenalan dan pasport Ng akan dipulangkan kepadanya kerana tidak terbukti ia ada kaitan dengan penjualan dadah," kata Maha.

Yunus dikenakan hukuman penjara 18 bulan kerana dia didapati bersalah hanya kerana memiliki pil estasy. Hukuman itu lebih ringan daripada hukuman penjara 16 tahun yang dipohon oleh pihak pendakwa.


Malaysia

Artikel Lain