suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Terkorban Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kawasan Perlombongan Haram

-Gambar hiasan
JAKARTA: Tujuh orang terkorban sementara enam lagi masih hilang selepas tanah runtuh berlaku di kawasan perlombongan haram di daerah Paniai di wilayah Damai III di Papua pada Selasa.

"Tanah runtuh berlaku di kawasan perlombongan haram Baya Biru Paniai. Sebanyak 15 orang tertumbus di bawah runtuhan," Ketua Polis Papua, Tito Karnavian dipetik sebagai berkata oleh Jakarta Globe pada Khamis. 

Beliau berkata daripada 15 mangsa itu, tujuh ditemui mati sementara dua yang terselamat telah dikeluarkan daripada runtuhan. 

Tito berkata polis masih meneruskan gerakan mencari baki enam orang mangsa.

"Kedua-dua mangsa yang terselamat ialah Udin, 36, yang patah tangan kanannya dan Yokbun, 29, yang patah kaki kiri dan mengalami lebam di muka dan seluruh badan.

"Kedua-dua mereka telah dipindahkan ke Hospital Besar Nabira dengan menggunakan helikopter pada pukul 4 petang, Rabu. Usaha mencari enam orang lagi masih dijalankan...kami tidak tahu keadaan mereka," kata Tito. 

Beliau berkata tanah runtuh itu berlaku di kawasan terpencil di tengah-tengah hutan dan ini menyebabkan sukar untuk sampai ke tempat kejadian.

"Tidak ada isyarat telekomunikasi, satu-satunya jalan untuk sampai ialah dengan menaiki helikopter. Kami menerima berita mengenai bencana ini daripada polis Paniai," kata beliau.

Menurut Tito, penduduk tempatan di kawasan itu juga membantu anggota polis dan agensi mitigasi bencana mencari mangsa.
perlombongan haram, Papua

Artikel Sebelum

Artikel Lain