suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand Teruskan Rundingan Dengan Puak Pemisah

BANGKOK: Tentera junta Thailand mengumumkan pihaknya akan meneruskan rundingan damai dengan puak pemisah di bahagian selatan negara ini.

Majlis Keamanan dan Ketenteraman Awam Kebangsaan (NCPO) akan memastikan rundingan damai antara kerajaan Thailand dan puak pemisah Islam di bahagian selatan yang diketuai Barisan Revolusi Nasional (BRN) akan diteruskan, kata Setiausaha Agung NCPO Udomdej Sitabutr.

Pemudah cara rundingan masih Malaysia, katanya kepada media sebelum menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Nasional (NSC) di Parlimen pada Isnin.

Ini adalah mesyuarat pertama NSC sejak tentera melakukan rampasan kuasa pada 22 Mei.

Udomdej berkata pihak berkuasa diarah oleh Ketua NCPO merangkap Panglima Tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha memantau dan menangani situasi di kawasan konflik.

Ini termasuk dalam bulan Ramadan yang bermula pada Ahad.

Katanya, pegawai akan memberi penerangan kepada penduduk di kawasan selatan Thailand bahawa sesetengah pihak menggunakan bulan Ramadan yang mulia kepada orang Islam untuk melakukan perkara salah. 


Thailand

Artikel Lain