suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umat Islam Filipina Diancam Pengganas Pada Hari Pertama Puasa

Tentera Filipina mempertingkatkan kawalan selepas menerima ancaman pengganas.
MANILA: Ancaman keganasan yang diterima ketika umat Islam mula berpuasa mendorong kerajaan Filipina meningkatkan kawalan di bahagian selatan negara itu.


Polis negara itu berkata, pihaknya  menerima maklumat yang boleh dipercayai di mana akan berlaku ancaman pengganas di pulau selatan Mindanao.

“Kami menerima maklumat terdapat serangan pengganas di Davao iaitu bandar ketiga terbesar di negara ini dengan jumlah penduduk lebih dua juta.

"Ketika ini, semua pasukan polis sudah dimaklumkan bagi mengekang penyusupan pengganas,” katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Jurucakap polis itu berkata, maklumat itu tidak menyebut cara serangan yang mungkin dilakukan dan tidak mengenal pasti mana-mana kumpulan pengganas.

“Kami menjalankan pemeriksaan dan rondaan di terminal pengangkutan, pusat perdagangan dan kawasan tumpuan awam,” katanya.

Filipina, pengganas, Davao

Artikel Lain