suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Konflik Syria: Tentera, FSA Setuju Gencatan Senjata Sepanjang Ramadan

Penduduk beredar ke bandar Homs selepas dimaklumkan mengenai gencatan senjata sepanjang bulan puasa ini.
DAMSYIK: Tentera Syria dan Kumpulan Pembebasan Syria (FSA) di bandar purba Homs bersetuju melaksanakan gencatan senjata sepanjang Ramadan bagi menghormati bulan mulia itu.


Stesen televisyen Arab al-Mayadeen melaporkan, gencatan senjata akan dilakukan di daerah al-Waer iaitu kawasan kubu kuat FSA sebelum ini.

Sebelum ini, kerajaan Syria mengisytiharkan Homs adalah kawasan pemberontak selepas termeterai perjanjian antara tentera rejim dan FSA.

Selain itu, Al Ahram pula melaporkan, perjanjian itu disifatkan berjaya selepas kerajaan bersetuju membebaskan beberapa aktivis yang dipenjarakan di daerah itu, manakala FSA pula mengeluarkan semua sayap kumpulannya di kawasan terbabit.

Kini, keseluruhan Homs berada di bawah kawalan kerajaan kecuali kejiranan al-Waer dan tiga bandar di kawasan utara iaitu al-Dar al-Kabira, Talbiseh dan al-Rastan.

gencatan senjata, Syria, Ramadan

Artikel Lain